Kelebihan Berselawat
Pada suatu hari, Abul Laits As Samarqandi sedangdalam perjalanan bermusafirbersama-sama ayahnya. Tiba-tiba dengan takdir Allah, ayahnya jatuh sakit.Semakin hari sakit ayahnya semakin melarat sehingga meninggal dunia.Tinggallah Abul Laits sendirian untuk meneruskan perjalanannya. Diamenunggu-nunggu jika muncul rombongan kafilah untuk meminta pertolonganmenguruskan jenazah ayahnya itu.Ketika menunggu, dia terlihat jenazahayahnya bertukar menjadi hitam pekat. Dia tertanya-tanya mengapa wajahayahnyaberubah. Abul Lait kemudian tertidur kerana terlalu keletihan. Ketikaitulah dia bermimpi seorangpemuda yang bercahaya wajahnya."Siapakah saudara?" Tanya Abul Laits."Saya ialah Muhamad bin Abdullah."Mengertilah Abul Laits yang hadir dalam mimpinya itualah Rasulullah SAW. Hatinya sungguh gembira."Ya Rasulullah, apakahmaksuddan tujuan kedatangan tuan ini?" "Saya datang keranahendak menziarahi jenazah ayahandamu."Setelah diizinkan, Rasulullah pun membukakain yang menutupi mayat ayah Abul Laits.Baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT.Ketika itu juga Abul Lait melihat wajah ayahnya yang gelap tadi telahbertukar menjadi bercahaya. "Wahai Rasulullah, apakah yangmenyebabkan wajah ayahku menjadi hitam?""Ayahmu semasa hidup telah berbuat dosadalam keadaan orang lain tidak mengetahuinya.Tetapi pada waktu malam ketika orang lainsedang nyenyak tidur, dia telah bangun danmerintih kepada Allah. Dia mengadu kepada Allahakan hal dirinya yang sering berbuat dosakerana tidak mampu melawan hawa nafsunya.Ayahmu juga sentiasa basah lidahnya denganberselawat untuk saya. Oleh sebab itu, pada hari kematiannya Allahmemerintahkan saya untuk menziarahi mayatnya."Begitulah kisah yang dapat dipaparkan buatkali ini. Manusia memang selalu berbuatkesalahan kerana tidak mampu melawan hawa nafsu.Namun begitu, apa yang penting ialah kesedaran dan keinsafan perlusentiasa ada dalam diri kita. Kemudian kitabersungguh-sungguh mengadu dan memohon keampunanterhadap dosa-dosa yang dilakukan. Semoga dengan rahmat Allah yangmaha luas itu,Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yangsentiasa bertaubat daripada dosa samalah seperti orang yang tiadadosa.Namun begitu, bertaubat hendaklah dengansebenar-benarnya daripada hatiyang tidak ingin lagi mengulangi dosa-dosa yang pernah dilakukan.Iktibar daripada kisah ini juga menunjukkanbetapa besarnya fadilat berselawat.Terdapat banyak kelebihan berselawatantaranya Rasulullah SAW pernah bersabda: "Orangyang paling utama bagiku di hari kiamat ialahorang yang paling banyak berselawat untukku.Barangsiapa yang membaca selawat 100 kaliuntukku pada hari Jumaat, kelak pada harikiamat dia datang dengan wajah bersinar-sinar.Sekiranya sinar itu dibahagi-bahagikan kepadasemua makhluk, nescaya mencukupi."
Posted by nur ad'din at 4:25:00 AM
Doa harian
Ketika hendak tidur"Dengan nama-Mu aku baringkan badanku ini dan dengan nama-Mu pula kuangkat kembali. Apabila nyawaku Kau cabut maka keampunan-Mu yang kuharapkan dan apabilaku Kau biarkan hidup kembali maka peliharalah aku sepatutnya sebagaimana Engkau memelihara nyawa hamba-Mu yang bertakwa."Sukar tidur"Ya Allah, bintang telah pun lenyap, semua insan telah tidur lelap. Engkau Maha Hidup dan tidak pernah diserang rasa mengantuk. Engkau Maha Waspada sentiasa berjaga sepanjang masa maka tenangkanlah hati yang gelisah ini, tidurkanlah hamba yang resah."Untuk ibu bapa"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua-dua orang tuaku serta semua kaum Muslimin pada hari kiamat. Ya Tuhanku, sayangilah kedua-dua orang tuaku seperti mereka menyayangiku pada waktu aku kecil dulu."Melihat bulan"Ya Allah semoga timbulnya bulan ini membawa suasana aman dan damai, keimanan, keselamatan, keIslaman, ketenangan, kewarasan, kehidupan yang baik dan mendapat taufik-Mu seperti yang Engkau sukai. Wahai bulan! Tuhan kami dan Tuhanmu adalah Allah."
INFOPesan Imam al-SyafiePerdalamkan segala masalah ilmu supaya ia tidak akan menyempitkan masamu.Keelokan orang yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula adalah warak dan berlemah lembut.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia pada masa sama mencintai Penciptanya, maka sebenarnya dia telah berbohong.Seseorang itu tidak mampu untuk menghukum sama ada sesuatu itu halal atau haram, melainkan dengan ilmu yang dimiliki.Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tiada kemuliaan baginya.
Posted by nur ad'din at 3:35:00 AM
Ayat Kursi
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu...Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis, barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak mencegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka allah SWT mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.Barangsiapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Posted by nur ad'din at 3:21:00 AM
Doa Lembut Hati
Assalammualaikum wbk.
Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.
Dengan izin moderator budiman. Berikut saya sisipkan doa melembutkan hati anak yang keras (degil), doa penyayang dan juga doa pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati.
(1) Melembutkan hati anak yang degil dan keras
Hendaklah membaca surah Taa'haa dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan
[1] Taa' Haa [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan [3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi
[21] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka
(2) Doa Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Sahabat menjadi Penyayang
Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi itu
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)
(3) Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati
Hendaklah membaca surah At-Taubah ayat 128 sehingga 129 semasa berjumpa atau bertentang mata
[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar"
Posted by nur ad'din at 3:35:00 AM
Berzikir rawat kekalutan, kekusutan jiwa
SESUNGGUHNYA zikrullah adalah semulia-mulia ibadat, sebesar-besar cara mendekatkan diri kepada Allah, makanan roh dan sumber ketenangan hati orang yang beriman. Firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 28 yang bermaksud "Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang".Allah memerintahkan kepada hamba-Nya memperbanyakkan zikir mengingati-Nya, manakala Rasulullah menggalakkannya kepada umat Islam menjadi amalan itu berkekalan.Dalam al-Quran dan hadis jelas menggambarkan kebesaran kesan zikir dan faedahnya. Ia boleh dilakukan sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah atau berkumpulan, melalui lisan mahupun dengan hati. Dalam memperkatakan mengenai zikrullah dengan lisan atau hati, Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar ada menyatakan bahawa ia adalah zikir yang paling afdhal. Ulang kali, menyebut sifat-sifatnya.Zikir dengan lisan adalah dengan menyebut nama Allah berulang kali, menyebut sifatnya atau melafazkan puji-pujian kepada-Nya. Zikir dengan hati pula ialah menghadirkan kebesaran, keagungan, kehebatan, kemuliaan dan kesempurnaan Allah di dalam diri dan jiwanya sehingga hati itu menjadi sentiasa sibuk dengan zikrullah.Ahli zikir adalah golongan manusia yang istimewa dan terkemuka. Pengiktirafan ini dianugerahkan sendiri oleh Allah melalui lisan Nabi Muhammad yang maksudnya "Telah majulah orang-orang yang istimewa, para sahabat bertanya, siapakah mereka yang istimewa itu wahai Rasulullah, jawab baginda, iaitu mereka yang banyak mengingati Allah sama ada lelaki mahupun wanita (Riwayat Muslim).Majlis zikir turut dikenali sebagai satu daripada taman syurga. Seseorang yang lidahnya sentiasa basah dengan mengingati Allah akan mendapat beberapa manfaat antaranya:Membersihkan hati daripada sifat mazmumahMelembutkan hati sehingga dapat melihat kebenaran yang datang daripada AllahMerasa betapa dekatnya diri dengan Allah sehingga apabila berhadapan dengan pelbagai musibah dan pergantungannya hanya kepada AllahMeningkatkan mutu amalan kepada AllahMemelihara diri daripada gangguan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia daripada mengingati AllahMenjadi penawar kepada hati yang sering gundah gulana, keluh kesah dan tidak tenteramUcapan “La Ila Ha Ilallah” adalah ucapan zikir yang paling mulia. Seorang daripada Syeikh al-Azhar yang terkenal iaitu Syeikh Abdul Halim Mahmud pernah menyebut bahawa zikir ‘La Ila Ha Ilallah’, istighfar dan selawat ke atas Nabi adalah tiang aurad dan wirid para ahli sufi. Zikir ini adalah sebagai satu daripada wasilah ke arah penyucian diri. Mengerjakan solat termasuk dalam kategori zikrullah. Hal ini dijelaskan oleh Allah. Membaca al-Quran juga adalah zikir yang paling mulia kerana ia adalah kalam Allah atau kata-kata Allah. Maka apabila seseorang membaca al-Quran, dia sebenarnya menuturkan kata-kata Allah dan ia adalah gambaran betapa hampir dirinya dengan Allah. Sehubungan itu, seorang Muslim hendaklah membaca al-Quran setiap hari supaya hatinya tidak kosong tanpa roh.Apabila membacanya, maka dalam masa sama pembacanya akan mengingati Allah. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menyebut dalam bukunya Mukasyafah al-Qulub membaca al-Quran adalah satu daripada kaedah merawat kekalutan dan kekusutan jiwa.
Posted by nur ad'din at 3:25:00 AM
Doa Ketika Tertimpa Musibah
Assalamu'laikum wa rahmatullah.
Musibah yang dialami oleh seorang mukmin, baik yang besar atau kecil, merupakan balasan Allah atas dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Musibah tersebut sebagai penghapus dosa-dosa selama ia terbebas dari perbuatan kesyirikan dan dosa besar lainnya. Sehingga ia akan menghadap Allah dalam keadaan bersih dari dosa yang pada akhirnya akan dimasukkan surga oleh Allah Ta’ala. Apabila ia tidak melakukan kezaliman berupa kesyirikan, kezaliman terhadap sesamanya, atau kezaliman terhadap dirinya, maka ia akan mendapatkan rasa aman pada hari kiamat dan petunjuk di dunia dan akhirat. (Fathul Majid, tanpa tahqiq hal. 38). Lalu bagaimana agar musibah yang menimpa seorang mukmin dapat menjadi penghapus dosa bahkan menjadi pahala dan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik ? Pertanyaan ini telah dijawab oleh Allah Ta’ala dalam Surah Al Baqarah 156-157 : "Orang-orang yang apabila tertimpa musibah mereka mengatakan:"inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya). Mereka itu mendapatkan salawat (pujian) dan rahmah. Merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk." Nabi Shalallahu ‘alaihi wa salam juga memberikan petunjuk kepada kita apa yang harus diucapkan ketika kita tertimpa musibah, besar atau kecil, dengan mengucapkan kalimat istirja’. Dari Abu Hurairah radhiallahu anhum bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam bersabda : "Hendaklah salah seorang kamu mengucapkan istirja’ dalam segala hal (musibah) meskipun yang terjadi pada tadi sandalnya. Sebab yang demikian tergolong musibah." (Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadith ini hasan setelah melihat adanya penguat hadith ini berasal dari Ibnu Sunni dengan sanad lemah (Al Kalimuth Thayyib, Ibnu Taimiyah, tahqiq Al Albani, hal.81) Ummu Salamah radhiallahu anha mengatakan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam bersabda : "Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata : inna lillahi wa inna ilaihi raji’un dan berdoa : Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Niscaya Allah akan memberinya pahala karena musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik." (HR. Muslim 3/37-38). Tatkala Abu Salamah (suaminya) meninggal, dia mengucapkan apa yang dikatakan Nabi Shalallahu ‘alaihi wa salam. Tak lama kemudian ia menjadi isteri Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam, suami baru yang lebih baik dari pada Abu Salamah. Siapa mengira ia mendapatkan suami Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam sementara ia sendiri pernah mengatakan :"Lelaki mana yang lebih baik daripada suamiku"? (Mukhtashar Syarah Shahih Muslim, hadith no. 918) Dengan demikian semestinya tindakan seorang mukmin dalam menghadapi segala macam musibah dengan tetap dalam keadaan sabar, istiqamah dan mengharap pahala serta ampunan Allah. Tidak sebaliknya dengan menggerutu, menampar-nampar pipi atau menyobek-nyobek saku baju, menjerit atau tindakan lain yang tidak selayaknya diperbuat oleh seorang mukmin.
geovisit();
Posted by nur ad'din at 3:35:00 AM
No comments:
Post a Comment