1.Nabi Adam A.S
Manusia pertama sekali gus nabi dan Rasul pertama. Dia diciptakan daripada
tanah, kemudian ditiupkan roh oleh ALLAH
Dikatakan hidup lebih kurang 930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelar khalifah Allah s.w.t dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara mereka ada yang taat dan ada pula yang membangkang.
Dianggarkan Baginda hidup pada 5872-4942 SM di sekitar kawasan yang kini dikenali sebagai Sri Lanka. Konon disitulah Baginda pertama kali turun ke muka bumi. Lalu Baginda berjalan kaki ke wilayah yang kini disebut dengan Jazirah Arabia dan bertemu dengan isterinya, Hawwa di Padang Arafah. Mereka terus menetap di sekitar Kaabah yang memang telah dibina sebelumnya oleh para malaikat.
Nama nabi Adam disebutkan sebanyak 25 kali dalam Al-Quran Al-Karim. Diriwayatkan bahawa Baginda mempunyai 40 anak dan Baginda telah wafat di Jazirah Arabia.
2.Nabi Idris A.S
Dia seorang Nabi yang pandai menulis, menjahit, mengetahui ilmu
bintang dan menunggang kuda. Dia merupakan keturunan keenam
dari Nabi Adam dan termasuk salah seorang Nabi yang sabar dan taat beribadah.
Merupakan keturunan Nabi Sits as. Diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang perintah Allah s.w.t
Nabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup sekitar tahun 4533-4188 SM. Baginda diutus untuk Bani Qabil yang tinggal di Babil di Iraq dan Memphis. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.
3.Nabi NUH A.S
Dia merupakan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Nuh terkenal sebagai
Nabi yang fasih berbicara, bijaksana dan sabar. Walaupun dia telah berdakwah
dengan sekuat tenaga dia hanya mendapat 70 hingga 80 orang pengikut, iut
pun hanya dari kalangan orang-orang yang lemah.
Melihat betapa kerasnya kepala kaumnya, Nuh berdoa kepada ALLAH supaya kaumnya
iut ditimpakan musibah. ALLAH memenuhi doa Nuh dengan memerintah beliau serta pengikutnya
membuat sebuah kapal. Kaumnya termasuk salah seorang anaknya yang bernama Kan'an, terus
mengolok-olokkan perbuatan Nuh.
Merupakan keturunan Nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam banjir yang besar.
Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin Idris dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 3993-3043 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM untuk Bani Rasib. Nabi Nuh telah dikesan tinggal di wilayah selatan Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-quran dan mempunyai 4 anak laki-laki. Para ahli sejarah banyak menyebutkan bahawa Baginda wafat di Makkah.

4. Nabi HUD A.S
ALLAH S.W.T. mengutuskan Nabi Hud di tengah-tengah bangsa Ad yang
terkenal memiliki tubuh yang kuat dan otot-otot yang kental.
Adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan ditimpa badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam
Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 2450-2320 SM. Kaum yang Baginda dakwahi disebut dengan Kaum ‘Ad yang tinggal di Al-Ahqaf, Yaman. Nama Baginda disebutkan sebanyak 7 kali dalam Al-Quran. Dan diriwayatkan Baginda wafat di Timur Hadhramaut, Negeri Yaman.
5.Nabi Salleh A,S
Seperti Kaum Ad, Kaum Samud juga tidak mahu mendengar dakwah
Salleh. Pengikut Salleh hanya sedikit dan berasal dari
golongan yang tidak mampu.
ALLAH turunkan azab kepada kaum yang derhaka ini berupa gempa bumi
yang menghancurkan mereka.
Merupakan keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud disebelah selatan Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah dewa dan patung, kemudian Nabi Saleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah, sebahagian besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi Saleh. Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.
Nabi Shaleh bin Ubaid bin ‘Ashif dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 2150-2080 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2100 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kaum Tsamud yang tinggal di Al-Hijir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Madain Shalih, Makkah.

6.Nabi Ibrahim A.S
Dilahirkan di Babylon. Ayahnya bernama Azar, seorang pembuat dan
penjual patung.
Ibrahim dihadapkan pada suatu kaum yang rosak. dia hidup
di masa pemerintahan Raja Namrud, seorang raja yang sangat
ditakuti oleh rakyatnya, bahkan dia menyatakan dirinya sebagai tuhan
Juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri Babilon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud menyembah berhala bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar. Begitu halnya dengan
Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Baginda dfianggarkan hidup pada tahun 1997-1822 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda tinggal di Kaldaniyyun, Ur, negeri yang disebut kini sebagai Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 69 kali dalam Al-Quran dan wafat di Alkhalil, Hebron, Palestin

8.Nabi Ismail A.S
Suatu hari Ibrahim telah mendapat mimpi agar menyembelih
anak kesayangannya itu. Mula-mula Ibrahim berasa amat sedih
menerima mimpi itu. Namun, sebagai seorang yang soleh
dan taat, dia berniat melaksanakan perintah ALLAH itu dan kemudian
menyampaikan berita itu kepada Ismail. Tanpa ragu-ragu
Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah itu dengan
segera. Tetapi sewaktu perintah itu dilaksanakan, ALLAH
menggantikan Ismail dengan seekor kambing.
Adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan agama tauhid atau Islam. Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.
Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1911-1774 SM dan dianggar menjadi nabi pada tahun 1850 SM. Baginda tinggal di Amaliq dan qabilah Yaman, Makkah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 12 kali dalam Al-Quran dan mempunyai 12 anak. Baginda meninggal tahun 1779 SM di Makkah
7.Nabi Luth A.S
Nabi Luth ialah anak saudara Nabi Ibrahim tetapi dia
menetap di Sagum, Jordan. Moral penduduk yang
dihadapi oleh Luth luar biasa rosaknya. Mereka melakukan
berbagai-bagai kejahatan dan yang paling parah baik lelaki
mahupun perempuan ialah memuaskan nafsu seksual sesama jenis.
Maka turunlah musibah yang amat dahsyat berupa bencana alam
yang sangat mengerikan. Negeri itu digoncang sehingga
seluruh kaumnya binasa. Hanya Luth dan dua orang anak
perempuannya yang terselamat.
Adalah bersaudara dengan Nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.
9.Nabi Ishak A.S
Dia adalah salah seorang anak Nabi Ibrahim dari isterinya
yang bernama Sarah. Ishak dalam bahasa Ibrani bermaksud ketawa.
Dalam Al-Quran dikisahkan bahawa Sarah tertawa ketika
mendapat berita bahawa dia akan memperoleh seorang anak
lelaki sedangkan usianya pada waktu itu sudah sangat
lanjut (90 tahun).
Adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembah Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembar iaitu ish dan Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis daerah Palastin
Nabi Ishaq bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1897-1717 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1800 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kan’anniyun di wilayah Al-Khalil Palestina. Nama Baginda disebutkan sebanyak 17 kali di dalam Al-Quran. di dalam Al-Quran mempunyai 2 anak dan meninggal di Alkhalil Hebron, Palestina.

10.Nabi Yakub A.S
Yakub ialah anak Nabi Ishak.
Diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah berhala. Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginda wafat dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.
Nabi Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1837-1690 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran dan mempunyai 12 anak. Baginda wafat di Alkhalil Hebron, Palestina.

11.Nabi Yusuf A.S
Nabi Yusuf ialah anak bongsu Nabi Yakub. Dia amat disayangi
oleh ayahnya dan juga memiliki wajah yang sangat tampan.
Hal ini menyebabkan saudara-saudara kandungnya berasa amat
iri hati terhadapnya.
Dia akhirnya menjadi perdana menteri negeri Mesir yang makmur itu.
Anak Nabi Ya'kub as yang diutus sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk mengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disamping baginda seorang nabi ia juga seorang raja dengan dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat dalam usia 120 tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil
Nabi Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1745-1635 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1715 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan Hyksos di Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan. Baginda wafat di Nablus Palestina.

12.Nabi Ayub A.S
Nabi Ayub adalah salah seorang Nabi yang terkenal taat
menjalankan ibadah dan kaya raya. Nabi Ayub merupakan teladan bagi
kesabaran dan keteguhan iman.
Anak Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebih kurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.
Nabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari keturunan Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1540-1420 SM. Dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1500 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Huran, Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 26 anak. Baginda wafat di Huran di Syam

16.Nabi Zulkifli A.S
Dia adalah anak Nabi Ayub yang sangat kuat beribadah.
Siang hari dia berpuasa dan pada malam hari dia
beribadah. Zulkifli juga adalah seorang raja.
Adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri Rom. Disamping beliau seorang nabi juga seorang raja yang tetap mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Beliau menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala dan melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat. Beliau wafat dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan
Nabi Zulkifli bin Bisyr bin Ayyub dari keturunan Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1500-1425 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1460 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Damaskus & sekitarnya. Nama Baginda disebutkan sebanyak 1 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak. Baginda wafat di Damaskus Syiria.

13.Nabi Syuib A.S
Nabi Syuib diutus ke tengah Kaum Madyan yang tinggal
di Ma'an, suatu daerah di pinggir Syam. Kaum ini
menyembah Aikah iaitu sebidang tanah padang pasir
yang ditumbuhi sejumlah pohon.
Keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeriá Madyan, Palastin Selatan agar mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya. Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa bumi dan kepingan awan panas daripada langit.
Nabi Syu’aib bin Mikail bin Yasyjar bin Madyan bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1600-1490 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1550 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Madyan dan Penduduk Aykah Madyan. Nama Baginda disebutkan sebanyak 11 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Madyan.

14.Nabi Musa A.S
Bani Israel yang menderita kerana kezaliman Firaun meminta
Musa membawa mereka keluar dari Mesir. Musa membawa
mereka ke Baitulmaqdis. Ketika sampai di Laut Merah mereka baru
menyedari tentera Firaun mengejar mereka. Saat itu turun
wahyu agar Musa memukulkan tongkatnya ke laut. Laut pun
membelah hingga terbentanglah jalan bagi Musa dan
pengikutnya untuk menyeberang. Firaun dan tenteranya terus
mengejar. Ketika Musa dang pengikutnya telah sampai
ke seberang sana Firaun dan tenteranya masih di tengah
laut. Atas perintah ALLAH laut pun kembali menutup hingga
Firaun dan seluruh bala tenteranya tenggelam
Diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat
Nabi Musa bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1527-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, Para Firaun dan Bani Israil di Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 136 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak. Baginda wafat di Tanah Tih.

15.Nabi Harun A.S
Nabi Harun diutus oleh ALLAH untuk membantu tugas kerasulan
Nabi Musa, saudara kandungnya. Dalam berbicara dia
lebih fasih daripada Musa.
Diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat
Nabi Harun bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1531-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, para Firaun dan Bani Israil Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Tanah Tih.

17.Nabi Daud A.S
Dia merupakan keturunan ke 13 dari Nabi Ibrahim dan raja Bani Israel.
Dia sangat tekun beribadah dan memerintah dengan jujur serta bijaksana.
Namun, tidak bermakna dia tidak mendapat tentangan. Rakyatnya banyak pula
yang derhaka.
ALLAH menurunkan kitab Zabur kepada Daud.
Keistimewaan Daud ialah setiap pagi dan senja gunung-gunung
bertasbih atas perintah ALLAH mengikut tasbihnya. Daud juga memahami
bahasa burung dan binatang juga mengikut tasbihnya. ALLAH juga
memberi kekuatan kepada Daud melunakkan besi tanpa menggunakan
api. Selain itu kerajaannya yang amat kuat tidak pernah dikalahkan
dan dia kekal menjadi raja selama 40 tahun.
Dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah Allah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang 100 tahun, lalu dimakamkan di Palastin
Nabi Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1041-971 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1010 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 1 anak dan meninggal dunia di Baitul Maqdis, Palestin.

18.Nabi Sulaiman A.S
Adalah anak Nabi Daud as. Beliau seorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan diperolehi sesaorang pun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan haiwan. Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah dan menghindari daripada mensyirikkannya.
Nabi Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 989-931 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Rahbaam Baitul Maqdis, Palestin.

19.Nabi Ilyas A.S
Nabi Ilyas adalah dari keturunan Nabi Harun. Dia diutus oleh
ALLAH kepada kaumnya, Bani Israel yang menyembah berhala.
Akhirnya Ilyas berdoa kepada ALLAH agar musibah itu
dihentikan. Setelah musibah itu berhenti dan ekonomi mereka
kembali pulih, mereka kembali derhaka kepada ALLAH.
Akhirnya mereka ditimpa musibah yang lebih dahsyat dari sebelumnya.
Merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagai rasul di negeri Balbik di Lebanon Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat. Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan
Nabi Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari keturunan Harun bin Imran. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 910-850 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 870 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Orang-orang Phiniq di Ba’labak di Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda tidak wafat tapi diangkat ke sisi Allah.

20.Nabi Ilyasa A.S
Setelah Nabi Ilyas wafat, dia digantikan oleh anak angkatnya yang
bernama Ilyasa. Setelah dia wafat kaumnya kembali derhaka.
Akhirnya kaumnya itu kembali dilanda kesengsaraan dan pada saat
getir itu lahirlah Nabi Yunus
Diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang yahudi dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja Rom bernama Titus memasuki Palastiná dan merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali Baitul Maqdis. Begitulah bangsa Yahudi mendapat kutukan dan laknat daripada Allah dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk dan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia
Nabi Ilyasa’ bin Akhtub dari keturunan Yusuf bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 885-795 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Palestin.

21.Nabi Yunus A.S
Nabi Yunus diutus ALLAH untuk menghadapi penduduk Ninawa,
satu kaum yang sangat keras kepala, penyembah berhala dan
selalu melakukan kejahatan.
Dalam satu kejadian sewaktu di tengah laut tiba-tiba terjadi ribut.
Nakhoda meminta salah seorang terjun ke laut agar seluruh isi
perahu dapat diselamatkan. Setelah undian dibuat, nama Yunus
muncul tiga kali berturut-turut. Terpaksalah dia melompat ke laut,
tetapi dalam masa itu juga muncul seekor ikan yang amat besar
terus menelannya dan membawanya ke pantai
Keturunan Nabi Ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar menyembah Allah , namun ajakan beliau ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada Allah agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh penduduk mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal kerana melawan Rasul Allah. Nabi Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah kembali ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus meneruskan dakwahnya, sehingga
negeri tersebut menjadi aman dan makmur.
Nabi Yunus bin Matta dari keturunan Bunyamin bin Ya’qub. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 820-750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang Asyiria di Ninawa di Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Ninawa di Iraq.

22.Nabi Zakaria A.S
Dia adalah seorang Nabi yang ditugaskan memimpin Bani Israel.
Ketika dia berusia 90, barulah di memperoleh seorang anak lelaki
untuk meneruskan usaha dakwahnya. anaknya itu diberi
nama Yahya.
Diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar
Nabi Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 91-31 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran. Baginda mempunyai seorang anak sahajan dan Baginda wafat di Syam

23.Nabi Yahya A.S
Nabi Yahya adalah anak tunggal Nabi Zakaria. Dalam usahanya
menegakkan kebenaran, Yahya dikena sebagai seorang
yang sangat berani.
Diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.
Nabi Yahya bin Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 1SM – 31M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 28M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Dan wafat di Damsyik, Syiria.

24.Nabi Isa A.S
Nabi Isa adalah anak Mariam binti Imran. Dia tidak mempunyai
ayah kerana Mariam hamil tanpa disentuh lelaki. Marian seorang
wanita solehah yang sehari-hari kerjanya hanya beribadah
kepada ALLAH.
Isa telah diselamatkan oleh ALLAH dengan mengangkatnya naik ke langit.
Sementara itu Yahuda, murid Isa yang munafik dan khianat dengan
menunjukkan persembunyian Isa kepada pasukan pengejar
diserupakan ALLAH kepada wajah Isa, sehingga dia disalib
di tiang kayu.
Adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnya menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka agar tidak keliru dalam beriman atau beriktikad,
Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ". (Ali Imran:59)
Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di daerah Palastin agar tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang melengkapi kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah yang diwahyukan kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani Yahudi).
Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa as. itu? Untuk meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini:
Firman Allah SWT maksudnya: "Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi". (Maryam:30)
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul atau lurus". (Maryam:36)
Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as. Hanyalah seorang nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab Injil yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya agar menyembah Allah semata tidak menyekutukannya dengan yang lain. Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang asli itu menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah beratus-ratus kitab Injil bahkan beribu-ribu jumlahnya. Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran tauhid, bahkan beliau diancam akan dibunuh, maka nabi Isa dibawa hijrah oleh bondanya ke negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi ke negeri Nazarth daerah Palastin. Di negeri ini beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu Mengesakan Allah SWT. Di antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabi Isa yang mempunyai ibu tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu diserahkan kepada penguasa Romawi, kemudian disalib di bukit Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yang ditangkap tetapi Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang meyakinkan diri berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain yang serupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari bencana malapetaka dunia. Sesungguhnyaá Allah telah mengangkatnya ke atas langit.
Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu dengan yang lainnya bertentangan. Maka sebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. Firman Allah maksudnya: "Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya Allah ialah Al Masih Ibni Maryam. Padahal Al Masih sendiri berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya". (Al Maidah:72-73)
Nabi Isa bin Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1SM-32M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin Nama Baginda disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran. Baginda juga tidak wafat melainkan diangkat ke sisi Allah.

25.Nabi Muhammad
Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasul terakhir. Dia berasal dari suku
quraisy dan berketurunan Nabi Ibrahim.
Muhammad s.a.w. menjalankan tugas kenabiannya selama 23 tahun.
Agama yang dibawanya ialah Islam dan kitab yang diwahyukan
ALLAH kepadanya ialah Al-Quran.
Dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar "Rahmatan Lil Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh alam".
Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabiá atau rasul-rasul Allah terdahulu baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda. Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi terakhir sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai berikut.
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika nabi Isa Ibni Maryam berkata: Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: ini ialah sihir yang jelas nyata". (As Saaf:6)
Firman Allah SWT lagi maksudnya: "Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (Al Ahzab:40)
Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap atau 'Full Release Version' dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai menurut keperluan dan keadaan atau suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah Islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW diperintahkan menyeru manusia ke arah
ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 571M-632M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 610M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam semesta. Tinggal di Makkah dan Madinah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 5 kali di dalam Al-Quran. Baginda mempunyai 7 orang anak dan wafat di Madinah.
.
Firman Allah SWT :
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan (penutup) segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (QS. Al Ahzab : 40)
.
Demikianlah sejarah ringkas 25 nabi dan rasul. Semoga boleh menjadi rujukan yang bermanfaat.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
No comments:
Post a Comment