Wednesday, March 19, 2014

DOA NURBUAH

Nurbuwah



“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak pengasih, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir. 

Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak bau syurga bila mati.

Banyak ilmu-ilmu pengasih diantara ilmu pengasih yang terbaik ialah Doa  Pengasih Nabi Yusuf. Untuk mengetahuan Doa Pengasih ini amat kuat sekali jika di amalkan selalu selain ianya boleh membuat individu-individu yang berdepan dengan orang yang selalu mengamal doa ini akan rasa kasihan dan amat sayang kepada orang tersebut.

Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup. 

DOWNLOAD MP3 DOA -KLIK SINI

Maksudnya:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

DOWNLOAD MP3 DOA -KLIK SINIdoa pengasih
Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)

Cara-caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. 

Wasallam.


هُ

Diantara doa-doa Pelembut Hati yang baik diamalkan oleh pasangan suami atau isteri supaya suami atau isteri yang keras hati, cepat marah dan mempunyai suami yang baran, degil supaya menjadi baik serta bertimbang rasa boleh juga diamalkan selepas setiap kali solat.

Baca 19 x doa ini dan berdoalah kepada Allah SWT supaya pasangan anda berubah menjadi seorang yang penyayang, penyabar supaya aman rumahtangga itu dan diberi kebahagiaan. Insha allah dipermudahkan dan dimakbulkan.





Terjemahannya:


Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan melainkan orang-orang yang mempelajarinya tanpa berguru dengan yang hak. Selawat dan Salam ke atas Nabi kita kita Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembalasan kelak.

Sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1435H. Mari kita sama-sama berazam untuk memperbaiki diri sendiri supaya memperbanyakkan ibadah dan amalan-amalan kita kepada Allah SWT disamping itu marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.

Sejarah Hari Maal Hijrah 

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

DOA AKHIR TAHUN 1434 HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam


DOA AWAL TAHUN 1435 HIJRAH

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Wasallam.


Kepada Isteri-isteri Yang Sedang Pasrah Kerana Suami Teringin Nak Kahwin Lagi Satu.......

“Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna” (surah Al-Hadid ayat 22)

Allah azza Wa jalla yang menetapkan takdir kita, maka Allah azza wa jalla juga memiliki kuasa untuk mengubahnya, ertinya takdir baru bagi kita. Mengubah takdir ertinya Allah azza Wa jalla menggantinya dengan takdir yang lebih baik, Tetap, Allah azza wajalla yang menetapkan takdir.  

Hadis dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahwa Nabi SAW Bersabda : 

“Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdo’a, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya do’a bermanfa’at bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang bisa menolak taqdir kecuali do’a, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada do’a”. (HR Turmudzi dan Hakim)

Kepada si isteri-istei perbanyakkan berdoa, bersedeqah, bertasbih dan shalawat dalam menempuh dugaan ini. Baca doa ini selepas setiap kali solat dan minta rumahtangga yang dibina itu kekal dan minta Allah azza wajalla tutup pintu hati suami yang teringin nak beristeri dua itu.

Terjemahannya

dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Jika si suami itu tidak berkemampuan dan tidak bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai seorang suami, maka eloklah dilakukan sesuatu supaya anak-anak tidak teraniayai oleh nafsu syahwat ayahnya.


Sekian wasallam.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa ini baik diamalkan selepas setiap kali solat. Bacalah sekali sekurang-kurangnya atau lebih. Doa ini, In Sha Allah dapat menghalangkan sihir yang dihantar kepada anda dengan bertujuan menganiayai anda supaya mendapat musibah kerana cemburu, hasad dengki dll. Semuga menjadi amalan harian setiap kali selepas solat.


Terjemahannya.

"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. (Surah Hud Ayat 56).


Ilmu Penunduk Pengaseh ayat surah Yasiin


“Innama amruhu izaa aradasyay-an an yaquula lahu kun fayakuun”
Banyak lagi kelebihannya ayat tersebut ia boleh dijadikan sebagai pengasih, menundukkan meminta hutang daripada seseorang, ingin meminjam wang jika dalam kesusahan. Dan sebagainya.
Ini salah satu contoh bagaimana mempergunakan ayat tersebut diatas jika anak anda atau isteri/suami anda degil / keras kepala tidak mahu dengar kata maka sebaiknya kita lakukan upaya ilahiyah sebagai berikut :
1. Setelah selesai anda mendirikan setiap solat (sembahyang 5 waktu) bacalah ayat diatas sebanyak 7 kali.
2. Lakukan sebanyak 7 hari setiap waktu sholat berturut-turut anda boleh mulainya dari mana-mana waktu sembahyang yang anda mahukan. Dengan catatan tidak boleh tingal sholat sewaktupun dalam 7 hari.
3. Setelah selesai 7 hari tersebut anda bacalah pula ayat diatas sebanyak 7 kali
kemudian anda tiupkan pada yang dihajati (isteri/suami/anak) seboleh-bolehnya
ditiupkan pada arah muka sama ada semasa sedar ataupun tidak sedar dan semasa anda 

membacanya hendaklah anda niatkan hajat anda terhadapnya ketika samapi pada ayat “kun” (lihat pada kun bertanda hitam yang telah saya merahkan diatas)
4. Kemudian anda ulang lagi membaca ayat lsebanyak 7 kali, selepas sembahyang 5 waktu lagi seperti No 1 dan 2 diatas. Untuk memastikan ianya
menjadi atau terkabul buatlah sebanyak 7 kali pada orang tersebut dan diulangi sebanyak 7 kali.
5. Kadang-kadang dengan 

Doa Pelembut Hati Manusia


DOA PELEMBUT HATI
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:
Baca surah Al-Fatihah
Al Fatihah……………..
Baca Ayat di Bawah:
Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir
Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud – baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1. Thaahaa.
2. Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4. Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5. (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”
Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri
Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din
 buat sudah pun menjadi akan tetapi kadang kala kita perlu buat sebanyak 7 kali untuk memastikan hajat kita di tunaikan.






Tuesday, March 18, 2014

HIMPUNAN DOA

BACAAN ASAS 10 PERTAMA
No.
Bacaan
Audio (MP3)

1

Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah
Terjemahan:
(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi  Maha Penyayang. (2) Segala  puji bagi Allah,  Tuhan semesta alam, (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang  menguasai  hari pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah  kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus, (7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)  mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.



Surah Al-Fatihah

Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly






2

Ayatul Kursi
Ayatul Kursi


Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat  255)



Ayatul Kursi

Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly


3
  

Terjemahan:
Wahai Tuhan yang menyembuhkan penyakit


Yaa-Baari’

Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly


4
 

Kaaaaf  Ha Ya ‘Aiiiin  Sooood
Ha Miiiim   ‘Aiiiin Siiiin Qoooof



Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly


5

Selawat Syifa’

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.



Selawat Syifa’

Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly


6

Selawat Tafrijiyyah

Selawat Tafrijiyyah
Terjemahan:
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya  terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.


Selawat Tafrijiyyah

Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly


7

Lauanzalna
Lauanzalna
Terjemahan:
(21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir. (22) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (23) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. (24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)



Lauanzalna

Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly


8

Doa Menghindar Syaitan
Doa Menghindar Syaitan
Terjemahan:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia,  daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian”.


Doa Menghindar Syaitan

Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly


9

Sejahtera ke atas nabi Sulaiman
Sejahtera ke atas nabi Sulaiman
Terjemahan:
Selamat Sejahtera ke atas nabi Sulaiman
di dunia dan akhirat



Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru

Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly


10

Doa Sulaiman
Doa Sulaiman
Terjemahan:
Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail.  Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.


Kegunaan Bacaan Asas 10 Pertama

Secara umumnya, Bacaan Asas 10 (Pertama) ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama:

Kategori
Kombinasi Bacaan
Kegunaan

1

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’


Untuk merawat pelbagai Jenis Penyakit

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Lauanzalna


Untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya.


2

1. Surah-Al-Fatihah
2. Doa Menghindar Syaitan
3. Salam Selahtera Sulaiman
4. Doa Sulaiman


Untuk menangani iblis dan syaitan, terutamanya makhluk yang sedang menyerap merasuk dalam tubuh


3

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah


Untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya


4

1. Surah-Al-Fatihah
2. Kaaaaf  Ha Ya ‘Aiiiin  Sooood
     Ha Miiiim   ‘Aiiiin Siiiin Qoooof

Berikan konsentrasi ketika membaca huruf-huruf potong ini


Bagi pesakit yang memerlukan rawatan Segera, seperti pesakit yang sedang mengerang kesakitan.


5

1. Surah-Al-Fatihah
2. Ayatul Kursi

Untuk memastikan pesakit betul-betul sembuh, di mana jin yang merasuk telah keluar daripada tubuh badan, suruh pesakit mem­baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf, dan mengulangi ayat pada wakaf 8 & 9 sebanyak  3 atau 7 kali.



Ayat al-Kursi dibaca untuk keselamatan diri, selepas sembahyang lima waktu, sebelum tidur atau ketika diganggu oleh iblis dan syaitan di perjalanan. Ayat ini juga boleh dibaca untuk keselamatan diri, keluarga, rumah dan harta benda.


 

 

RANGKAIAN ZIKIR


Zikir adalah penting dan merupakan satu ibadah untuk memelihara diri daripada gangguan iblis dan syaitan. Berikut ini adalah amalan zikir yang perlu diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali dan seelok-eloknya setiap hari.

Kebiasaan yang dilakukan di Darussyifa', Rangkaian Zikir ini dibaca selepas membaca Surah Yaasin.


RANGKAIAN ZIKIR 
No.
BACAAN
Audio (MP3)
(Zikir beramai-ramai dipimpin oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)
1

2
3
4
5
6
7
8
9


Untuk mendengar keseluruhan Majlis Zikir iaitu Bacaan Yaasin, Asas 10, Rangkaian Zikir serta Doa yang dipimpin oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din sila"Muat Turun Disini"



Doa harian dan Pengertian doa 

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:


Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.


Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir
 daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:


a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:


Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)

b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:

...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:

Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:

Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:

Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)


Doa perlindungan untuk anak-anak 

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:
Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).


Tasyahud (Tahiyat) 


Maksudnya:

"Semua penghormatan milik Allah. Begitu juga kesejahteraan dan kebaikan. Selawat dan salam ke atas engkau wahai Nabi serta rahmat Allah dan berkatnya keatasmu. Salam sejahtera ke atas kita dan hamba Allah yang soleh. Aku mengaku bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Muhammad itu hambaNya dan utusanNya".

Selawat ke atas Nabi selepas membaca tasyahud 



Maksudnya:

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".


Zikir selepas solat 



Maksudnya:

"Aku memohon keampunanMu Ya Allah".
(tiga kali)



Maksudnya:

"Ya Allah, Engkau sejahtera daripada keaiban, daripada Engkaulah (datangnya) kesejahteraan, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah, Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan".

Zikir pagi dan petang 


"Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Esa dan selawat serta salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepasnya".

Doa apabila membalikkan diri pada waktu malam ketika tidur 


Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa, Tuhan langit dan bumi serta segala yang berada di antara keduanya, Yang Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.


Doa ketika dukacita dan sedih 



Maksudnya:



Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.


Maksudnya:


Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.


Doa untuk memudahkan sebarang urusan 

Maksudnya:

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.


Istighfar (meminta ampun) dan taubat 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:

Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:

Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:

Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.


Doa Pengikat Kasih Sayang November 23, 2010

Filed under: Relationship — airmien @ 2:52 am
Tags: 
“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi”.
“Tetapi Ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan”.
“Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya”.
“Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya”.
“Ya Allah Ya Tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini”.
“Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh”.
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jika anda pembaca, seorang perniaga tidak kira berniaga di gerai makanan, kontraktor, MLM, busines"Online" dan sebagainya. Elok amalkan bacaan doa ini untuk menghindarkan niat jahat/dengki/fitnah orang lain keatas perniagaan anda. Tetapi berniagalah dengan jujur dan seikhlasnya. Berusahalah memuaskan pelanggan anda sebaik-baiknya.

Kadang-kadang orang tidak masuk gerai anda disebabkan layanan anda tidak mesra pelanggan, pelanggan terpaksa tunggu sampai berjam-jam lamanya baru dapat. Lain kali tobat dah orang itu nak masuk dan makan di kedai anda. Jadi muhasabahlah diri anda jika pelanggan anda sudah lari ke kedai lain. 

Satu lagi ialah fitnah keatas perniagaan anda oleh pesaing anda boleh membuat syarikat anda gulung tikar. Yang buat MLM pun sama juga jika ada orang lain yang dengki akan kejayaan awal anda maka ditaburkan fitnah yang tidak baik sehingga orang lain yang hendak berurusan dengan anda jadi  takut dan hilang "confident".

Insha Allah ada jalannya dengan berusaha dengan amalan yang baik supaya terhindar dari perkara-perkara yang buruk keatas diri dan perniagaan anda.

Boleh dibacakan selepas setiap kali solat 5 waktu dan sebelum membuka premis perniagaan anda. 

  • Al-Fatihah - 1 kali 
  • 3 Qul - 1 kali 
  • Ayat Kursi - 1 kali  
  • Ayat 1000 Dinar - 1 kali 
  • Ayat 102 dari Surah Al-Baqarah (Yang ditandakan hijau sehingga akhir.....BIIZ NILLAH) - sekurangnya 3 kali.

Terjemahannya:

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. 

SEKIAN WASALLAM.